IPOH: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Keramat Pulai, di sini, Sabtu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihaknya menerima maklumat daripada pihak hospital bahawa salah seorang mangsa iaitu wanita berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia pada Ahad malam.
Katanya, kemalangan itu berlaku pada Sabtu yang menyebabkan lima mangsa dari dua kenderaan mengalami cedera ringan dan parah.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 4 Mei, Sabtu, sekitar jam 11.45 malam berhampiran simpang masuk Kampung Pergom.
"Pemandu kereta iaitu wanita tempatan berusia 23 tahun bersama seorang penumpang (mangsa) yang datang dari arah Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands disyaki telah memasuki laluan bertentangan.
"Lalu bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki tempatan yang merupakan anggota tentera bersama tiga rakan setugas lain.
"Akibat pelanggaran tersebut, lima mangsa berusia antara 19 hingga 25 tahun mengalami kecederaan ringan dan parah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, Ahad lalu sekitar 10.20 malam, polis diberitahu dari pihak hospital bahawa mangsa wanita yang parah itu meninggal dunia (mati lewat) di hospital tersebut," katanya.
Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan).
Ujarnya lagi, saksi boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Edwin Tang Chiew Song dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran.
Aida Aziz
Mon May 06 2024
Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh, Sabtu lalu. - Gambar ihsan PDRM
AWANI Pagi: Salahkah tayang bahagia di media sosial?
Kini ramai yang menggunakan media sosial untuk memaparkan kebahagiaan mereka. Adakah media sosial ketika ini menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan? Salah atau perlu berpada-pada? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Ipoh.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Bas pesiaran membawa penumpang dari Kupang, Kedah terbalik di KM264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.
Bayi sembilan bulan, ibu antara tiga maut dalam kemalangan di Semporna
Seorang ibu bersama bayi dan seorang warga emas wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, pada Sabtu.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Wanita maut kemalangan, saksi diminta tampil salur maklumat - Polis
Polis minta kerjasama orang ramai salurkan maklumat berhubung kemalangan dua kenderaan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh, Sabtu lalu.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.
Penuntut UiTM maut, kereta rempuh belakang lori
Seorang penuntut UiTM mautselepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori dalam kejadian dekar Rembau.